SELEPAS sembilan minggu berentap, malam ini kita akan menyaksikan seorang daripada enam peserta Big Stage akan membawa pulang gelaran Juara Big Stage 2023.
Hoondoo, Waode, Nadeera Zaini, Aufahanie, Puteri Khareeza, dan Putera Muhammad harus menambat hati juri menerusi dua persembahan yang bertemakan Ultimatum dan Battle Mashup bagi memastikan tiket kemenangan menjadi milik mereka.
Namun sebelum kita menemui jawapan dan melabuhkan tirai, jom kita 'recap' apa yang menarik sepanjang hampir 10 minggu Big Stage berlangsung.
Telatah Kak Lina dan Rina Nose bikin penoton tak kering gusi
Kehadiran Elly Mazlien dan Rina Nose sebagai hos memeriahkan lagi pentas Big Stage.
Telatah mereka di pentas itu sememangnya menghiburkan semua yang menonton Big Stage tidak kira di Auditorium MBSA mahupun di rumah.
Boleh dikatakan mereka berdua berjaya mengendalikan program hiburan keluarga itu dengan baik sekali.
Tahniah!
Bukan lima tetapi enam peserta akan merebut gelaran juara
Penyingkiran Dem Lepak Boyz dan Firdaus Rahmat pada minggu separuh akhir mengesahkan jumlah peserta yang menerima tiket ke minggu akhir.
Perkara tersebut menjadi persoalan kerana pihak produksi masih mengekalkan lapan orang peserta pada minggu suku akhir dan edisi terdahulu hanya lima sahaja yang mara.
BACA: Big Stage 2023: Harapan Dem Lepak Boyz dan Firdaus Rahmat ke minggu akhir musnah
Fesyen Aina Abdul paling dinanti peminat setiap minggu
Setiap minggu, kedatangan juri tetap Big Stage, Aina Abdul paling dinanti-nantikan oleh netizen.
Mana tidaknya ramai yang tidak sabar untuk melihat apa fesyen yang akan digayakan oleh pelantun lagu Terus Hidup itu.
Meskipun ada yang tidak menyukai dengan fesyen Aina di kerusi juri itu, tapi Aina tetap hadir dengan pakaian yang kreatif daripada pereka fesyen yang berlainan setiap minggu.
Terima pelawaan Rina dan Lina, peminat nampak sisi lain Ajai
Siapa sangka juri tetap Big Stage, Ajai akan menerima pelawaan hos, Lina dan Rina untuk menyanyi bersama di atas pentas.
Paling tidak disangka-sangka apabila Ajai menari tarian yang sering ditampilkan oleh Rina Nose.
Baca: Big Stage 2023: Bergelek atas pentas? Itu semua aksi spontan saya - Ajai
Ajai dan Aina minta Astro beri peluang kepada Puteri Khareeza
Meskipun boleh menggunakan Imuniti X buat kali terakhir, namun selaku juri tetap, Ajai dan Aina tidak mahu mengorbankan sesiapa pun dalam pusingan suku akhir kerana setiap peserta menonjolkan persembahan yang baik sekali gus memperlihatkan peningkatan kepada juri.
Dengan kuasa yang ada, Ajai dan Aina meminta pihak produksi untuk memberi peluang buat mereka yang berada di tangga tiga terbawah untuk meneruskan perjuangan di pentas Big Stage 2023.
BACA: Big Stage 2023: Saingan sengit ke separuh akhir, Puteri Khareeza selamat dari penyingkiran
Nadeera Zaini dan Waode berjaya peroleh 100 markah dari Aina Abdul
Cipta sejarah!
Tidak pernah lagi mana-mana peserta Big Stage edisi terdahulu memperoleh markah penuh daripada juri tetap.
Namun untuk edisi kali ini, Waode dan Nadeera Zaini berjaya mendapatkan markah sempurna daripada Aina Abdul menerusi persembahan mereka.
“Imuniti X” korbankan Issac Voo dan Farhan Shah
Imunti X merupakan satu 'game-changer'.
Mana tidaknya jika edisi sebelum ini, juri hanya boleh pilih untuk menyelamatkan peserta namun kali ini juri boleh pilih siapa yang harus kekal dan siapa yang harus pulang bagi menggantikan peserta yang tersingkir.
Dalam edisi kelima anjuran program hiburan tersebut, juri telah menggunakan sebanyak dua kali untuk menyelamatkan Naufal Azrin pada minggu kedua dan menghantar pulang Issac Voo seterusnya menyelamatkan Dem Lepak Boyz dan Farhan Shah pula dihantar pulang.
BACA: Big Stage 2023: Dem Lepak Boyz diselamatkan, ngauman Farhan Shah terhenti
BACA: Big Stage 2023: 'Ada tekanan tapi Imuniti X boleh menyelamatkan...' - Nadeera
Kehadiran Juri Jemputan dan Presiden Netizen meriahkan lagi Big Stage
Antara faktor menarik untuk Big Stage tahun ini adalah kehadiran juri jemputan dan juga Presiden Netizen.
Ramai nama-nama besar yang terlibat untuk sama-sama mencari siapa calon juara untuk edisi kali ini.
Antara juri jemputan yang hadir ke Big Stage adalah Ernie Zakri, Andmesh Kamaleng, Datuk Ramli MS, Datuk Seri Rossa, Datuk Syafinaz, Datuk AC Mizal dan Penyanyi, Ziana Zain.
Tidak lupa juga kepada Presiden Netizen antaranya Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Anna Jobling, Ryan Bakery, Nora Danish dan Scha Al-yahya.
Sepatutnya 14 tapi hanya 13 yang bertanding? Mana peserta ke 14?
Pada sidang media, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari telah mengumumkan ada 14 peserta keseluruhannya yang akan bertanding di pentas Big Stage.
Namun pada konsert pertama hanya 13 sahaja yang diperkenalkan.
Menurut Idlan, ada beberapa isu yang tidak dapat dielakkan menyebabkan peserta tersebut tidak dapat menyertai program tersebut namun mungkin akan diberi peluang sekali lagi untuk musim akan datang.
Format baharu Big Stage beri peluang kepada peserta kumpulan dan duo
Jika edisi sebelum ini penyertaan Big Stage hanya terbuka kepada peserta solo sahaja dan mereka harus bersaing selama lapan minggu.
Namun permainan berubah apabila pihak produksi memberi peluang kepada peserta kumpulan dan duo untuk menyertai program realiti hiburan yang pernah melahirkan juara seperti Sarah Suhairi, Han Byul, Azzam Sham dan Elica Paujin.
Pada masa sama, pihak produksi turut menambah dua minggu lagi untuk semua peserta bersaing di Big Stage 2023.
Asyraf Roslan
Sun Jul 09 2023
Malam ini, teka-teki siapa yang akan membawa pulang gelaran juara Big Stage 2023 bakal terjawab. -Astro AWANI
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Acara yang berlangsung sekitar satu jam itu menyaksikan para peserta berarak sepanjang jalan di Bukit Bintang sebelum berpatah balik ke Pavilion, Kuala Lumpur.
Malaysia jadi Negara Contoh ‘Best Practice’ perkembangan AI
Pada sidang 'planery' bagi Sesi Peringkat Tinggi, mesyuarat tersebut turut menyifatkan Malaysia sebagai antara negara Komanwel yang berada di hadapan dalam membangunkan transformasi digital dan AI.
"Tengok muka depan cermin"- Misha Omar tempelak netizen hina wajah Nadeera
Penyanyi Misha Omar menempelak netizen yang didakwa menghina wajah juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini sehingga disamakan dengan haiwan.
Big Stage 2023: Curi 'spotlight' peserta? Inilah dunia hiburan - Rina Nose
Setiap minggu pasti ramai yang menantikan kemunculan mereka berdua sehinggakan ada sesetengah peminat Big Stage mendakwa mereka hanya mengenali hos dan bukannya barisan peserta yang bertanding.
Big Stage 2023: Isu seluar ketat, Putera Muhammad mohon maaf
Apa yang berlaku di luar kawalan, kata Putera Muhammad.
Big Stage 2023: Menang bergaya, Nadeera Zaini dinobat juara musim kelima
Dengan jumlah markah sebanyak 68, Nadeera Zaini dinobatkan sebagai juara Big Stage 2023.
Finale Big Stage 2023: Ini 10 perkara menarik perlu anda tahu
Malam ini kita akan tahu siapa yang bakal membawa pulang gelaran juara Big Stage 2023.
Big Stage 2023: 'Putera lebih layak' - Firdaus Rahmat terima hakikat tersingkir di separuh akhir
Sudah melakukan yang terbaik dan memperoleh markah yang tinggi daripada juri, Firdaus berkata pada akhirnya ia berbalik kepada rezeki.
Big Stage 2023: Bergelek atas pentas? Itu semua aksi spontan saya - Ajai
Ajai juga mengakui bahawa dirinya sekadar menunjukkan dua sisi berbeza mengikut situasi.
Big Stage 2023: Harapan Dem Lepak Boyz dan Firdaus Rahmat ke minggu akhir musnah
Peserta Big Stage 2023, Dem Lepakz Boyz dan Firdaus Rahmat harus menerima kenyataan langkah mereka terhenti hanya di minggu separuh akhir.
Big Stage 2023: Reda tersingkir, perjalanan Coex baru bermula
Hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi untuk melangkah ke minggu akhir namun perjalanan Coex di Big Stage terhenti setakat minggu ketujuh.
Big Stage 2023: Perjalanan Coex berakhir, giliran Nadeera dapat 100 markah
Perjalanan satu-satunya peserta berkumpulan di pentas Big Stage 2023, Coex terhenti setakat minggu ketujuh.